LATAR BELAKANG KESATUAN
PENGENALAN
Amalgamalated National Union Local Authorities Employees (ANULAE) atau Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan adalah sebuah Kesatuan Sekerja terunggul di Pihak Berkuasa Tempatan yang telah ditubuhkan pada 1 April 1963 dengan No Pendaftaran 342.
SEJARAH
Sebelum wujudnya ANULAE Cawangan MBI, pada asalnya ia diletakkan sekali dibawah ANULAE cawangan Perak. Namun tidak lama kemudian, ANULAE cawangan Perak dibahagikan 3 iaitu Perak Tengah,Perak Utara dan Perak Selatan. MBI diletakkan dibawah cawangan Perak Tengah. Pada 1 November 2006, barulah secara rasminya ANULAE cawangan Majlis Bandaraya Ipoh ditubuhkan.
TUJUAN PENUBUHAN
| 2.1 | Memajukan kepentingan ahli dalam perusahaan, kemasyarakatan dan pengetahuan |
| 2.2 | Memperoleh serta mengekalkan sukatan gaji yang adil dan sesuai,keselamatan bekerja, masa dan syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan memberi nasihat serta bantuan mengenai perkara-perkara tersebut |
| 2.3 | Mengatur perhubungan di antara pihak majikan dan pekerja. |
| 2.4 | Memajukan kebajikan ahli dari segi kebendaan, kemasyarakatan dan pelajaran. |
| 2.5 | Memberi bantuan guaman kepada ahli jika diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung |
| 2.6 | Mengadakan skim bantuan dan kebajikan untuk ahli |
| 2.7 | Menganjurkan kursus, seminar dan dailog |
| 2.8 | Menerbitkan berita atau majalah |
| 2.9 | Mengadakan kumpulan wang kebajikan untuk ahli |
| 2.10 | Mendorong ahli kepada perasaan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara |
| 2.11 | Meningkatkan kecekapan serta disiplin di kalangan ahli |
| 2.12 | Mengembangkan kesedaran kepada ahli tentang kesedaran bertugas yang mengatasi segala rintangan sosial |
| 2.13 | Menggalakkan pelaburan dalam syarikat kerjasama atau perusahaan atau perdagangan. |
| AKTIVITI-AKTIVITI |
|
