LATAR BELAKANG



LATAR BELAKANG KESATUAN
PENGENALAN
Amalgamalated National Union Local Authorities Employees (ANULAE) atau Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan adalah sebuah Kesatuan Sekerja terunggul di Pihak Berkuasa Tempatan yang telah ditubuhkan pada 1 April 1963 dengan No Pendaftaran 342.
SEJARAH
Sebelum wujudnya ANULAE Cawangan MBI, pada asalnya ia diletakkan sekali dibawah ANULAE cawangan Perak. Namun tidak lama kemudian, ANULAE cawangan Perak dibahagikan 3 iaitu Perak Tengah,Perak Utara dan Perak Selatan. MBI diletakkan dibawah cawangan Perak Tengah. Pada 1 November 2006, barulah secara rasminya ANULAE cawangan Majlis Bandaraya Ipoh ditubuhkan.

TUJUAN PENUBUHAN
2.1 Memajukan kepentingan ahli dalam perusahaan, kemasyarakatan dan pengetahuan
2.2 Memperoleh serta mengekalkan sukatan gaji yang adil dan sesuai,keselamatan bekerja, masa dan syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan memberi nasihat serta bantuan mengenai perkara-perkara tersebut
2.3 Mengatur perhubungan di antara pihak majikan dan pekerja.
2.4 Memajukan kebajikan ahli dari segi kebendaan, kemasyarakatan dan pelajaran.
2.5 Memberi bantuan guaman kepada ahli jika diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung
2.6 Mengadakan skim bantuan dan kebajikan untuk ahli
2.7 Menganjurkan kursus, seminar dan dailog
2.8 Menerbitkan berita atau majalah
2.9 Mengadakan kumpulan wang kebajikan untuk ahli
2.10 Mendorong ahli kepada perasaan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara
2.11 Meningkatkan kecekapan serta disiplin di kalangan ahli
2.12 Mengembangkan kesedaran kepada ahli tentang kesedaran bertugas yang mengatasi segala rintangan sosial
2.13 Menggalakkan pelaburan dalam syarikat kerjasama atau perusahaan atau perdagangan.

AKTIVITI-AKTIVITI
  1. Seminar Pembelajaran
  2. Lawatan Ke Bangunan Parlimen Malaysia.
  3. Jamuan Makan Malam Anulae MBI.